Mengenai Saya

Foto saya
Mk Technology Enterprise..merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja membaik pulih komputer/laptop/handset dan menjual aksesori laptop n handset dan elektrikal

Rabu, 21 Oktober 2009

EMPANGAN HIDRO ELEKTERIK/PENJANA ELEKTERIK

1)Empangan Cenderoh di Perak (Sg. Perak)
2)Empangan Temenggor di Perak (Sg. Perak)
3)Empangan Kenyir di Terengganu (Sg.Tganu)
4)Empangan Kenering di Perak (Sg. Perak)
5)Empangan Btg Padang di Perak (Sg. Btg Padang)
6)Empangan Bersia di Perak (Sg. Perak)
7)Empangan Tenom Pangi (Sg. Padas)
8)Empangan Bakun (Sg. Pelagus)
9)Empangan Pelagus (Sg. Pelagus)
10)Empangan Batang Ai (Sg. Lupar)
Penjana elektrik







Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006
Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa logi hidro dan 82% berupa logi bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.
Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

Tenaga Nasional Berhad – 11,296 MW

Malakoff Berhad – 4,393 MW

Powertek Berhad – 1,490 MW
YTL Power Berhad – 1,212 MW


Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:Syarikat SESCO Berhad – 750 MW

Sabah Electricity Sdn Bhd – 785 MW, termasuk jumlah dari 5 jana bebas sebanyak 318 MW.





--------------------------------------------------------------------------------


Talian penghantar

Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50 Hz.

HVAC 132 kV
HVAC 275 kV
HVAC 500 kV

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.
Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500 kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275 kV.Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100 MW, sistem 500 kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd).
Pada tahun 2006, talian 500 antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100 MW.

Sambungan ke Negara Thai
Pada 1981 sambungan 132 kV HVAC dengan keupayaan 80 MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300 kV (HVDC) dengan keupayaan 300 MW.

Sambungan ke Singapura
Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230 kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.


Talian pembahagi
Talian pembahagi adalah pada voltan 33 kV, 22 kV, 11 kV, 6.6 kV dan 415/240 V.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan